Friday, February 4, 2011

1 akal wacana minda




http://www.quranexplorer.com/quran/
Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan. Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang, tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga. Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan kamu. Mari kita kaji bagaimana Allah menjadikan bumi ini untuk membolehkan hidupan hidup: 1. Fikirkan... betapa tersusunnya segala benda di alam ini. Matahari telah diletakkan pada tempat di mana ia dapat memanaskan kita dan pada masa yang sama memberikan cahaya kepada kita. Sekiranya tiada matahari, pasti tidak ada sebarang hidupan di muka bumi ini. Sama ada kita, tidak juga haiwan-haiwan atau sebarang makhluk lain tidak mungkin dapat hidup. 2. Allah juga telah menjarakkan matahari daripada kita pada jarak yang tepat. Sekiranya bumi hanya sedikit hampir kepada matahari, kepanasannya pasti akan membakar bumi dan kita pasti tidak dapat hidup. Jika bumi ini hanya sedikit jauh daripada matahari, glasier pasti akan meliputinya dan sekali lagi, hanya sebahagian hidupan dapat hidup. Kerana itulah tidak terdapat hidupan di planet-planet lain, kerana sama ada ia terlalu rapat atau terlalu jauh daripadanya.

3. Sebagaimana yang telah kamu ketahui, hidupan perlu bernafas untuk hidup. Kita memerlukan oksigen di udara untuk membolehkan kita bernafas. Kadar oksigen yang tepat di dalam udara diperlukan untuk membolehkan manusia bernafas. Sekiranya ia hanya sedikit terlebih atau terkurang, sama ada kita, haiwan- haiwan, tumbuh-tumbuhan tidak akan dapat hidup, kerana, seperti yang kita katakan sebentar tadi, kita perlu bernafas untuk hidup. Kerana itu, kita memerlukan oksigen. 4. Salah satu benda paling penting yang membolehkan kita hidup ialah air. Tiada organisma dapat hidup tanpa air. Kerana itu, Allah telah menjadikan sebahagian besar bumi ini sebagai air. Satu pertiga permukaan bumi dipenuhi air. Bagaimanapun, tidak terdapat air di planet-planet lain atau di bulan yang kamu lihat pada waktu malam. Keperluan asas hidupan hanya terdapat di bumi. Banyak kejadian di bumi membolehkan kita hidup. Jika hanya satu daripada kejadian-kejadian ini tidak berlaku, tiada hidupan dapat selamat di bumi. Jadi, adakah mungkin beribu kejadian-kejadian ini telah berlaku secara spontan dan berlaku di tempat seperti bumi? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin kejadian-kejadian ini berlaku secara kebetulan. Allah telah menjadikan bumi ini untuk manusia.

Kerana itu, bumi adalah tempat paling sesuai untuk kita. Kamu boleh memberikan contoh berikut kepada mereka yang mendakwa bumi ini dan seluruh cakerawala ini telah terbentuk secara kebetulan. Katakanlah kamu sedang bermain-main di pantai dan kamu melihat ombak besar menghampiri, jadi kamu pulang ke rumah. Apabila kamu kembali ke pantai beberapa jam kemudian, kamu melihat tanda yang hebat. Di pantai kamu melihat terdapat sebuah bandar terbentuk daripada pasir. Terdapat rumah-rumah, hospital-hospital, sebuah lapangan terbang dan bas-bas. Malah terdapat sejumlah manusia. Kamu bertanya kepada seorang sahabat yang melalui tempat tersebut sama ada dia mengetahui bagaimana semua ini berlaku. Sekiranya dia menjawab, “Saya rasa ombak besar yang sampai ke pantai ini telah membentuknya”, apa yang akan kamu fikirkan? Tidakkah kamu akan mengesyaki kawan kamu itu hanya berimaginasi, atau mungkin kamu akan ketawa memikirkan dia mungkin hanya bergurau atau gila? Adalah mustahil untuk ombak-ombak ini membentuk sebuah bandar yang sempurna daripada pasir secara tidak sengaja. Adalah tidak masuk akal sesiapa yang mahir dalam membina bandar seperti itu telah datang, membinanya dan kemudian meninggalkannya. Bagaimanapun, sebahagian manusia - walaupun mereka terdiri daripada profesor atau pakar sains - telah menerima idea karut ini. tidak akan menyatakan, “Ombak telah membentuk bandar pasir tersebut”, tetapi mereka akan menyatakan, “Pecahan kecil benda, yang dinamakan sebagai atom, telah berkumpul secara kebetulan dan ia membentuk matahari, bintang-bintang dan bumi, segalanya dilakukan dengan sendirinya”. Perisai Pelindungan Di Sekeliling Bumi: Atmosfera Tahukah anda setiap hari banyak meteor jatuh ke bumi? Apabila meteor-meteor jatuh di planet-planet lain, ia membentuk kawah-kawah gergasi, tetapi apabila ia jatuh ke bumi, ia tidak menjejaskannya. Jadi bagaimana meteor-meteor yang menyebabkan kerosakan yang teruk kepada permukaan planet-planet lain tetapi tidak memberi apa-apa kesan kepada bumi? Ia disebabkan oleh atmosfera yang mengelilingi bumi. Atmosfera mengelilingi planet kita sebagai perisai perlindungan. Sebuah meteor memasuki atmosfera menyusut melalui pembakaran. Apabila ia menghampiri permukaan bumi, ia menjadi semakin kecil.

Oleh itu, meteor tersebut menjadi sangat kecil atau berkurangan dan hilang sepenuhnya apabila ia mencecah permukaan bumi, dan tidak memudaratkan kita. Atmosfera ini tidak hanya melindungi kita daripada meteor tetapi ia juga menyerap sinaran berbahaya daripada matahari. Sekali lagi, sekiranya sinaran berbahaya ini dapat mencecah permukaan bumi, mustahil bagi hidupan untuk selamat. Dua ciri yang kami sebutkan di sini adalah lebih daripada cukup untuk menunjukkan kepada kita atmosfera bukan benda sebarangan. Allah telah menjadikan atmosfera, dan dengan atmosfera ini Dia melindungi kita daripada bahaya.

Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia dapat berlari dengan kelajuan melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam. Burung unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu daripada jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan burung ini ialah ia dapat berlari menggunakan satu jari yang besar ini sahaja. Beruang Kutub Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan kukunya yang rata dan berbulu, dan tapak kakinya yang tidak licin. Beruang kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di dalam iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang melindungi udara sejuk daripada memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat berenang di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam), untuk jarak sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang kutub, seperti juga penguin, supaya ia dapat hidup di dalam habitat yang sejuk seperti itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk di dunia, di kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub Selatan.

Allah juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria baunya amat tajam hinggakan ia dapat mengesan anjing laut yang bersembunyi di dalam salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela). Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti membran. Membran ini bertindak sebagai “sepasang cermin mata gelap” dan ia melindunginya daripada buta salji. Cheetah: Pelari Terpantas Cheetah dikenali sebagai haiwan terpantas di darat. Ia dapat berlari dalam jarak pendek dengan kelajuan yang dahsyat. Ia dapat memecut sehingga 75 km (45 batu) sejam hanya di dalam beberapa saat. Setengah cheetah dapat berlari lebih 60 meter (650 ela) pada kelajuan yang menakjubkan 113 km/jam (70 batu/jam).


Burung Kolibri Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas sebatang pensil. Walaupun bersaiz kecil, tetapi burung ini berjalan jauh dan sepanjang perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira dua setengah juta kali. Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan tangan kamu? Jika kamu melakukannya sebanyak 50 kali, tangan kamu akan sakit keesokan harinya. Tetapi, burung kecil ini melakukannya dua setengah juta kali dan ia tidak memudaratkannya. Allah telah menjadikan burung ini berserta kebolehan untuk menangani tugas yang begitu sukar. Ketam Yang Dapat Mempertahankan Diri Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut. Kebanyakannya mempertahankan diri mereka dengan cara yang luar biasa. Sebagai contoh, ketam Hermit yang menggunakan senjata hidup untuk mempertahankan dirinya daripada sotong dan musuh-musuh lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang terdapat di dasar laut. Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan meletakkannya di atas kulit kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang amat menyakitkan apabila disentuh. Dengan cara ini ketam tersebut melindungi dirinya daripada pemangsa. Jangan lupa ketam ini tidak mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang untuk mengaturkan semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri.

 Booby, Burung Yang Berenang Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada jarak yang jauh, dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah telah menganugerahkannya kaki istimewa yang dapat mengibas, supaya ia dapat berenang di permukaan dan dalam laut. Booby dapat menyelam dengan baik. Ia menyelam ke dalam laut untuk menangkap ikan dan dapat berada lama di bawah air untuk berenang pada jarak yang jauh. Bolehkah Ikan Terbang? Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti burung, tetapi peluncur pada sirip adalah sama dengan sayap burung. Ia dapat bergerak sekitar 56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini dapat bergerak lebih pantas di dalam air dengan mengembangkan siripnya dan mengangkat ekornya keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur dengan baik di dalam air.
Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha 
 Bijaksana”. (Surah Al-Baqarah:32)



Search Facebook :

Abdul Rahman Bin Noordin
















http://feeds.feedburner.com/1AkalWacanaMinda
 
ALAM INI MAHA KARYA TUHAN, YANG SENTIASA BERBICARA DENGAN MANUSIA TENTANG KEWUJUDAN, KEHEBATAN  PENCIPTANYA, HAKIKATNYA ALAM INI ILMU INSAN YANG MAHU BERFIKIR AKAN PENCIPTANYA

Abdul Rahman Bin Nordin (عبد الرحمن بن نوردين)e

   email :  abdulrahman.arahman.man970@gmail.com

No comments:

Post a Comment