1 akal wacana minda
الخوف الحقيقي من الله الصالحين
Monday, May 23, 2011
القرآن al-Qur'ān
Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)
Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.
Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun
ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu
sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa
sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan
diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan
yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka
juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke
atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana
kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang
setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan
orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah
Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan
Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya
kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang
lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang
lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu
Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku
dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul
dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah
Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada
orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan
risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10
Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)
No comments:
Post a Comment